Sunday 9 February 2014

Jejak seorang Syabab

Assalamualaikum

Kabare semuanya??

Subhanallah sudah lama tak menjenguk blog MR ini. Aseef jiddan sebab terlalu lama 'berehat' dari dunya perBlog-an ni

InsyaAllah,ana MR Yusuf ingin berkongsi ttg sesuatu yang baru ana dapat sepanjang ana berehat, Jadinya ia mungkin sangat random and bercampur baur semuanya(bahasa mgkin pelikks)..so BE prepared!

sungguh,terlalu banyak peristiwa yang Allah telah kurniakan . Setelah mendapat keputusan IB 8 bulan lepas approximately, ana berjaya mendapat tawaran tuk bidang perubatan di Ireland (twinning program PMC).

Alhamdulillah

Diri ini sedar, ia bukanlah satu kegembiraan penanda berakhirnya 'penderitaan' di KMB, malah ianya satu pintu tanggungjawab yang baru Allah kasi kepada ana untuk digalas. Makin besar,makin berat dan semestinya makin mencabar.

persediaan telah dibuat,akhirnya terpilih dengan selamatnya untuk tiba di bumi sejuk Ireland ini.

Dalam sibuk mengadaptasi dengan waqi' baru dengan segalanya baru (rumah sendiri,tmpat belajar baru,budaya baru,Usrah baru) tipula kalau ana TAK Penat, tak Letih, dan tak sering mengeluh..

Allahu,,makin besar dan lebar dugaannya,,,sering tewas dalam pusingan 'kalah mati' dengan Emosi sendiri

namun,hidup perlu diteruskan.

pastinya,hidup tak pernah lekang dari segala masalah yang melanda that mostly comes from myself.

Astaghfirullah,,sering kali terasa mahu berundur balik...keluar dari Gerabak tarbiyah yang pernah ana nikmati di KMB dulu.

Selalu sahaja ingatkan diri sendiri : AKU sudah sepatutnya Dewasa dan matang.

tetapi, Allah masih lagi menyayangi ana dengan terus melimpahkan rahmatNya menerusi akhawat2 Ireland disini serta program yang diadakan. Ana terus memerhati , belajar memerhati dan terus memerhati lagi..

Aduii,,,setelah segala nikmat yang berterusan yang Allah Maha Mengetahui beri,,mengapa hati ini masih...

yang terbaru,ana baru sahaja balik dari jaulah Turkiye bersama 7 abdullah yang lain.Yang ini,,telah berjaya memberikan satu sisi pandang baru kpd ana.

dalam ekspedisi ini,,masing2 mempunyai hadaf tersendiri, APA yang ingin dicari,APA yang ingin didapatinya
Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaanNya dengan memberikan kami peluang bukan sahaja menjejak langkah Sultan Muhammad Al Fateh di Istanbul (Blue Mosque,Aya Sofia,Topkapi Palace,Bursa,etc) , malah menuruti jejak para Anbiya di Sanliurfa (memerlukan tuk naik domestik flight dari Istanbul)

Subhanallah,Maha Suci Allah,Tuhan sekalian alam

izinkan ana menyenaraikan tempat yang kami lawati di Sanliurfa :

Gua Nabi Ibrahim serta kolam (yg dahulunya tempat Nabi Ibrahim dibakar)
Gua Nabi Ayob
Perigi Nabi Yaakob
Old Harran University (tmpat di mana ramai manusia hebat belajar termasuk Ibn Taimiyyah)
Gua Nabi Syu'aib
Makam Nabi Ayob serta isterinya,Rahimah Hatun serta
Makam Nabi Illyasa

sesuci manakah hati ana yang masih ketika itu sedang di'rawat' itu untuk menerima hadiah hebat ni?
mungkin, ada antara kami yang begitu IKHLAS tuk jaulah ini,,dek kerana kebersihan NIATnya..Jazakillah khair kepada 'sesiapa' itu...

segala kesyukuran milikMu,,
Engkau memberikan aku peluang tuk melihat dengan pancaindera sendiri tentang hakikat yang hakiki tentang kekuasaanMu..keagunganMu

Jaulah ini ibarat satu package yang lengkap tentang persiapan bagaimana para SYABAB harus berkelakuan,harus Berbuat demi menegakkan kalimah Illahi...

Kini,,bilamana perkara kecik cuba bertandang dalam qalbu ini
Terus terlintas makam Sultan Muhammad Al Fateh serta manusia hebat yang lain yang mana..

Mereka mengetepikan PERKARA yang kecil untuk Perkara yang lebih BESAR.,,yang menjadikan mereka mempunyai JIWA seorang Syabab yang Besar..

Ouch,,terasa pipi merah menyala ditampar Al-Haq yang sangat benar itu.

Hmm...setakat ini dahulu post ini. Aseef andai kata terlalu panjanggggg..al maklum lah,,bukan mudah tuk bertinta tentang 1001 peristiwa dalam 1 Entri sahaja.

Mohon semua tuk doakan ana disini,,,esok (10/2) ana bakal memulakan semester baru. MR semua..
Ana sungguh rindukan kalian lillahi taa'la. Ana sungguh brsyukur kerna diberi peluang bersama kalian suatu ketika dahulu. harapnya,,kita semua terus berpimpin tangan dan lengan menuju ke destinasi yang sama,InsyaAllah


Wallahu'alam.








0 comments: