Wednesday 19 February 2014

Allah...beranikan aku

Bila berada dalam jalan ni, aku melihat pelbagai sosok tubuh yang sangat hebat dalam setiap aspek hidup mereka. Ada yang sanggup korbankan masa hanya untuk dakwah, ada yang sanggup korbankan semua duit yang ada untuk dakwah, dan kadang kadang baju yang dipakainya pun hanya diulang dalam setiap minggu.

Semakin lama dalam jalan ni, aku nampak dakwah ini memang hakikatnya menuntut pengorbanan. pengorbanan jiwa, harta, family, kawan2, masa, pakaian, makanan, menahan di marah, dicarik2 semasa ditakwin, keberanian dan macam2 lagi, tak dinafikan kadang2 ada rasa nak kebelakang, tapi pada saat bersama allah, mana mungkin aku kebelakang. pada saat aku menyoroti kisah sahabat, tak teranjak kaki ni untuk mundur, pada saat melihat akhawat yg shahid, hilang segala rasa itu

…allah…susahnya..

Bila melihat diri sendiri, rasa sangat kecil. Aku rasa aku tak seberani mereka. Aku rasa aku masih tak ada keberanian umar al khatab tu. takde lagi keberanian bilal bin rabbah. takde lagi keberanian seperti akhawat yang sanggup berterus terang pada keluarganya tentang apa yang dia sedang buat. takde lagi keberanian seperti akhawat yang dengan luncurnya menceritakan apa yang die dapat dalam usrah pada ibu dan ayahnya. takde lagi keberanian untuk bercerita tentang islam bila duduk bersama seorang muslim di dalam bas…huhu…jauhnya aku lagi..



bukan ke dakwah kita adalah berterus terang dan jelas? kenapalah takleh lagi nak jadi macam para sahabat…dah berbaldi2 daurah, dah bertimba2 usrah…nape takleh lagi? ke diri sendiri yang tak nak memberanikan diri?

sangat tertikam bila menghayati buku muntalaq bab 5 (ahli ibadat yang bermain main)

Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan dunia.

Mereka yang bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat keadaan umat Islam ini sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab ‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka tidak dapat membuka mata mereka untuk mengamati laungan orang-orang ikhlas yang berjuang di sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga ke hari ini. Da’i yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja untuk Islam, membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam, dakwah orang ramai, memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli uzlah tadi meninggalkan tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang perjuangan dan medan jihad untuk berjihad dan berkorban. Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak digalakkan, uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai dengan niat yang ikhlas dan baik.

Sangat takut kalau jadi sebahagian daripada orang yang disebut tu…

Wahai pejuang di bumi Palestin, Syria, Lubnan, Afghanistan, Rohigya, Malaysia, Afrika, Thailand, mesir dan lain lain…semoga roh jihad jihad kamu meresapi diri ini, semoga roh keberanian kamu meresap dlm diri ini…semoga proses pentakwinan ini menguat dan memberanikan aku..


Wahai Allah, ikhlaskan diri ini dalam jalan ini…Biarlah syahid itu cita2 tertinggi ku..


0 comments: