Thursday 13 June 2013

Allah itu dekat, kita yang menjauh dariNya


Source: Hilal Ashraf, buku Irkam Ma’ana
PART I


"Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." (11:42) 


Ingat kan peristiwa ni? At least sikit lah. Ana pun takde lah ingat sangat..Nabi Nuh kata; “Ya bunayya, irkam ma’ana” = Wahai anakku, naiklah bersamaku.Masa ni kan, banjir yang sangat dahsyat tengah berlaku tau. Dan sebelum tu kan Nabi Nuh dah bermati – matian nak siapkan bahtera tu atas perintah Allah walaupun dicerca dan dihina.Tapi nak cakapnya, 

iman tu tak dapat diwarisi – walaupun anak tu dah sangat terkapai – kapai nak selamatkan diri, tapi pada saat ayah die sendiri (ayah kandung tau!) offer nak naik atas bahtera tu, anak die boleh reject!!! wei..nak lemas kot!
tau tak anak Nabi Nuh cakap apa??? Ce teka..?


The next ayah :
"Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan." (11:43)

 Anak die boleh cakap (walaupun dah nak lemas sangat tau masa ni) :
“ Takpe2, aku boleh berselindung kat atas gunung tu.”

So, macam dalam situasi kita ni, mungkin lah anak Nabi Nuh adalah kita pada saat ni (nauzubillah) Mungkin kita rasa iman kita jatuh. Banyak sangat tengok tv, bangun lambat, solat lambat, tak bangun qiam langsung, tak tolong mak, procrastinate keje ke dll (mengingatkan diri sendiri ni)



Hakikatnya, ramai sangat yang sedang menarik kita. Mungkin diorg tak lah cakap “Ya bunayya…”

tapi ramai yang sedang berkata kepada kita,

 IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI
IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI 
IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI

So sahabat-sahabat sekalian, ana tak rasa Allah kejam pada kita sekarang ni dengan nak melalaikan kita. Allah tak menjauhkan diriNya dari kita pun. Bahkan kita yang sedang menjadi orang yang menolak offer tu..OFFER yang tak ramai org dapat --> IRKAM MA’ANA!



PART II

Kenapa agaknya bila Nabi Nuh ajak anak dia ke dalam bahtera tu anak dia tolak?
Sedar tak bila kita kata “Eh, aku sahutlah offer tu, aku dah dalam bahtera lah”

Meaning that: we carry the responsibility to worship Allah, the only God! Itulah reason kenapa anak Nabi Nuh menolak offer ayah die.

Bila kita kata kita dah berada dalam bahtera tu, maka takde dah alasan untuk kita mencari tuhan selain Dia. Maksudnya bila kita dah naik bahtera itu, maka kita ke arah untuk menjadi hamba allah semata-mata. Refresh balik tujuan hidup. Kita perlu benar-benar beriman pada Allah, buat segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Jangan main tarik tali dengan Allah dah…

Dan hakikatnya, kita pun sedang menghadapi banjir tu. But, in different form of banjir. Banjir kita sekarang: kpop wave, baju-baju yg ikut fashion, masalah-masalah social, couple dan macam-macam lagi..

So, kita memang kena naik bahtera ni untuk selamatkan diri kita. No other reason!Nak selamat, naik. Taknak, sudah! (hehe…kasar ke?)

Jom kita reflect balik sama ada kita dah betul-betul berada dalam bahtera itu ataupun tidak. Takut-takut Allah murka dan jadilah seperti anak Nabi Nuh ini..

‘Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.......’ 

PART III



the last part is ..
Agak-agak siapa nakhoda bahtera yg kita sedang naik ni? Siapa agak – agakya?

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (33:21)


Rasulullah adalah nakhoda kepada perjalanan bahtera ini menuju mardhatillah. Dan baginda adalah contoh yg Allah tinggalkan untuk kita ikut. So memang dah takde alasan untuk kita tak tau macam mana nak naik bahtera ni. Allah titipkan Rasulullah itu daripada kalangan manusia. Inilah sebabnya supaya kita tahu bahawa baginda juga seorang manusia seperti kita...

Hidup Rasulullah pun susah. Lagi susah daripada kita, yatim piatu, tak kaya, jahit baju sendiri, kena baling batulah dan macam2 lagi…

So, kawan-kawan, jom ikut nakhoda kita! Takde alasan untuk kita kata tak taulah macammana nak jadi mukmin sebenar…

Conclusion

Ayuh, jadi sebahagian daripada penumpang-penumpang dalam bahtera ni. Aim para penumpang dalam bahtera ini ialah, Allah azza wajjala! Tiada yang lain.

Para penumpang dalam bahtera ni juga tak ragu-ragu dengan kesemua rukun-rukun iman. Mereka yakin dengan semua tu. Jom kawan-kawan, ana seru ana sendiri untuk terus kukuh dalam bahtera tu.



Kalau dah rasa Allah jauh dengan kita, sebenarnya kita yang jauh dengan Allah. Cepat-cepat tarik diri masuk semula dalam bahtera. Jangan sesekali terkeluar dari bahtera! Wallahua’alam. 

-MR Zumar.

3 comments:

Anonymous said...

jzkk. sgt membantu.

ENCIK MUSAB said...

Irkam ma'ana

Jay zek kay kay for sharing

(Y)

Ini Arkab said...

Sangat bermanfaat, thanks for sharing