Yakinlah dengan KEBANGKITAN ISLAM

"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [Surah As-Saff : 13]

Surah Al-Ankabut : 69

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang muhsinin (berusaha membaiki amalannya)

Surah Al-Baqarah : 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Surah Adz-Zariyat : 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Surah Ar-Ra'du : 26

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Friday 14 June 2013

Surat cinta untuk ukhti fillah

Surat cinta akak untuk kesayangan-kesayangan akak. ... Sekadar peringatan untuk akak sendiri dan adik2 akak ....


Ya habibati,
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
  • Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat 
  • Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah joinyang penat, bersusah payah elak.
  • Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhanKalau tak, batang hidung pun tak nampak.
  • Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
  • yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
  • yang cepat mengalah,
  • yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
  • yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
  • Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
  • Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.



Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.




Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.



Berbahagialah seadanya.


Akak menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “akak busy..akak sibuk..akak penat..akak letih..”
Adakah ini petandanya akak  terlalu manja?


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

keluarlah dari zon selesa, masukkan diri ke dalam medan jihad kita.
berhentilah menangis, dan teruskan langkah, tidak ada yang akan menunggu kita jika kita terlewat.




============================================================
Adik-adik akak sayang,


Rasa berat ke selepas membaca ini semua..
Jangan risau adikku
Kerana Allah sentiasa bersama kita
Lupakah adik2, ayat cinta dari Allah


Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7) 


adik2 orang beriman kan??? rasalah bahawa ayat2 itu untuk adik2 :)


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”(Ath Thalaq:2) 


”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)


”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : 214)


 ”Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang – orang yang beriman.” (Ar Ruum : 47)


Barangsiapayang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya.Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu” (Al-Talaq:2--3)


Adik2 sayang
xcukup lagi ke ayat2 cinta Allah ni
Masih xyakin dengan janji ALlah?.....
Ayuh kita duduk dan beriman sejenak ... :)


Uhibbukifillah abadan abada insyaAllah


CINTA

Assalamualaikum :)

Ana MR An-nur
Ana telah dipaksa oleh MR Mukminun untuk update blog
Hehehe
Xdela,, memain je  MR Mukminun sayang.. :p
InsyaAllah..
theres a lot of things nak share
especially bila pergi jaulah ke indonesia . jakarta>bandung>jakarta>bandung>jakarta>bogor>jakarta
Mengharapkan sesuatu untuk diberi,
tp mana mungkin hanya mahu diberi, tp tidak mahu memberi,,
Sebenarnya
hari ni tertarik nak share somthing dengan readers,,,
Its about LOVE,,
LOVE.cinta.suka.sayang

CINTA
Kalau readers seorang yang suka membaca (ana bukanlah seorang yg suka membaca..hehe..ish3...daei mana boleh x suka membaca :p), bacalah buku tulisan ANis Matta,,
Kalau baca, semua buku dia (setakat yg dibacala) mesti cakap tentang cinta.

CINTA dengan ALLLAH k
Jangan salah faham

Cinta,
Seperti angin membadai
Kau tidak melihatnya
Kau merasakannya,
Merasakan kerjanya saat ia memindahkan gunung pasir di tengah gurun,
Atau merangsang amuk gelombang di laut lepas,
Atau meluluhlantakkan bangunan-bangunan angkuh kota metropolitan,
Begitulah cinta,
Ia ditakdirkan jadi kata tanpa benda.
Tak terlihat
Hanya Terasa
Tapi dahsyat

-petikan dari Serial Cinta, Anis Matta-

Nah!!!
hebatkan,
hanya orang yang merasai cinta sebenar akan bisa menulisnya,
CInta.
Cinta kepada Al-Khaliq,
Cinta kepada yang memberi segala nikmat,

Dakwah itu CINTA,
CINTA akan menuntutnya segala-galanya dari kamu
Baik dari segi harta,
baik dari segi tenaga,
baik dari segi masa
baik dari segi idea,
segala-galanya,segala-galanya

adakah kita sudah bersedia?
andai hati sudah di penuhi cinta kepada DIA,
andai cinta sudah diserahkan segala-galanya pada DIA
pasti sudah tiada alasan lagi
bukan begitu??

Allah... jauhnya dari diri ini

Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. 
Lalu menebarkannya di bumi. 
Sungguh di surga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.

-petikan dari Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah -

Ukhti, mahu bercinta dengan ana?  

DAKWAH ITU CINTA, KERANA ITU AKU CINTA KAMU DAN MEREKA
InsyaAllah
-MR An-Nur-

Thursday 13 June 2013

Allah itu dekat, kita yang menjauh dariNya


Source: Hilal Ashraf, buku Irkam Ma’ana
PART I


"Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." (11:42) 


Ingat kan peristiwa ni? At least sikit lah. Ana pun takde lah ingat sangat..Nabi Nuh kata; “Ya bunayya, irkam ma’ana” = Wahai anakku, naiklah bersamaku.Masa ni kan, banjir yang sangat dahsyat tengah berlaku tau. Dan sebelum tu kan Nabi Nuh dah bermati – matian nak siapkan bahtera tu atas perintah Allah walaupun dicerca dan dihina.Tapi nak cakapnya, 

iman tu tak dapat diwarisi – walaupun anak tu dah sangat terkapai – kapai nak selamatkan diri, tapi pada saat ayah die sendiri (ayah kandung tau!) offer nak naik atas bahtera tu, anak die boleh reject!!! wei..nak lemas kot!
tau tak anak Nabi Nuh cakap apa??? Ce teka..?


The next ayah :
"Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan." (11:43)

 Anak die boleh cakap (walaupun dah nak lemas sangat tau masa ni) :
“ Takpe2, aku boleh berselindung kat atas gunung tu.”

So, macam dalam situasi kita ni, mungkin lah anak Nabi Nuh adalah kita pada saat ni (nauzubillah) Mungkin kita rasa iman kita jatuh. Banyak sangat tengok tv, bangun lambat, solat lambat, tak bangun qiam langsung, tak tolong mak, procrastinate keje ke dll (mengingatkan diri sendiri ni)



Hakikatnya, ramai sangat yang sedang menarik kita. Mungkin diorg tak lah cakap “Ya bunayya…”

tapi ramai yang sedang berkata kepada kita,

 IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI
IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI 
IRKAM MA’ANA…NAIKLAH BERSAMA KAMI

So sahabat-sahabat sekalian, ana tak rasa Allah kejam pada kita sekarang ni dengan nak melalaikan kita. Allah tak menjauhkan diriNya dari kita pun. Bahkan kita yang sedang menjadi orang yang menolak offer tu..OFFER yang tak ramai org dapat --> IRKAM MA’ANA!



PART II

Kenapa agaknya bila Nabi Nuh ajak anak dia ke dalam bahtera tu anak dia tolak?
Sedar tak bila kita kata “Eh, aku sahutlah offer tu, aku dah dalam bahtera lah”

Meaning that: we carry the responsibility to worship Allah, the only God! Itulah reason kenapa anak Nabi Nuh menolak offer ayah die.

Bila kita kata kita dah berada dalam bahtera tu, maka takde dah alasan untuk kita mencari tuhan selain Dia. Maksudnya bila kita dah naik bahtera itu, maka kita ke arah untuk menjadi hamba allah semata-mata. Refresh balik tujuan hidup. Kita perlu benar-benar beriman pada Allah, buat segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Jangan main tarik tali dengan Allah dah…

Dan hakikatnya, kita pun sedang menghadapi banjir tu. But, in different form of banjir. Banjir kita sekarang: kpop wave, baju-baju yg ikut fashion, masalah-masalah social, couple dan macam-macam lagi..

So, kita memang kena naik bahtera ni untuk selamatkan diri kita. No other reason!Nak selamat, naik. Taknak, sudah! (hehe…kasar ke?)

Jom kita reflect balik sama ada kita dah betul-betul berada dalam bahtera itu ataupun tidak. Takut-takut Allah murka dan jadilah seperti anak Nabi Nuh ini..

‘Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.......’ 

PART III



the last part is ..
Agak-agak siapa nakhoda bahtera yg kita sedang naik ni? Siapa agak – agakya?

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (33:21)


Rasulullah adalah nakhoda kepada perjalanan bahtera ini menuju mardhatillah. Dan baginda adalah contoh yg Allah tinggalkan untuk kita ikut. So memang dah takde alasan untuk kita tak tau macam mana nak naik bahtera ni. Allah titipkan Rasulullah itu daripada kalangan manusia. Inilah sebabnya supaya kita tahu bahawa baginda juga seorang manusia seperti kita...

Hidup Rasulullah pun susah. Lagi susah daripada kita, yatim piatu, tak kaya, jahit baju sendiri, kena baling batulah dan macam2 lagi…

So, kawan-kawan, jom ikut nakhoda kita! Takde alasan untuk kita kata tak taulah macammana nak jadi mukmin sebenar…

Conclusion

Ayuh, jadi sebahagian daripada penumpang-penumpang dalam bahtera ni. Aim para penumpang dalam bahtera ini ialah, Allah azza wajjala! Tiada yang lain.

Para penumpang dalam bahtera ni juga tak ragu-ragu dengan kesemua rukun-rukun iman. Mereka yakin dengan semua tu. Jom kawan-kawan, ana seru ana sendiri untuk terus kukuh dalam bahtera tu.



Kalau dah rasa Allah jauh dengan kita, sebenarnya kita yang jauh dengan Allah. Cepat-cepat tarik diri masuk semula dalam bahtera. Jangan sesekali terkeluar dari bahtera! Wallahua’alam. 

-MR Zumar.

Monday 10 June 2013

Saat tarbiyyah menyinggah...

tarbiyyah…atau nama lain dia didikan. sama ada kita sedar ataupun tak, sebenarnya Allah Azza Wajjalla telah menyusun tarbiyah untuk kita dari kita kecik sampai hari ini. tapi apa yang membezakan kita sekarang adalah spectacle yang mana yg kita pilih untuk digunakan..:)

KACA MATA ISLAM ATAU KACA MATA BIASA YANG PENUH DENGAN HABUK DUNIA?

ana(MR Zumar), nak share sikit pengalaman ana ditarbiyah oleh Allah sepanjang tarbiyah Malaysia – Indonesia – Malaysia … this tarbiyah started exactly after daurah...(tak sampai indon pun lagi time tu…)
ok, abis je daurah ana ada misi penting untuk siapkan passport(kalau tak camne nak sampai indon kan), pastu ana minx la tolong SAR-H(teka sendiri..haha) untuk drive (ana tak tau drive, bak kata kak farah daie yg tak reti drive tempang, tapi kak sofi kata daie yg tak reti drive mati..erkkk)…

ok sambung..pastu kiteorg yg tak tau camne nak sampai ke pejabat imigresen putrajaya pon belasah jelah..hanya berpandukan signboard je!!!kiteorg dari serdang tau nak g putrajaya!pastu sesat barat sikit(banyak la jugak!)…last2 kiterog tanya gak dengan kakak petronas ni..ok, kiteorg dah salah masuk cyberjaya n time tu dah 4:30..(pejabat tu dah nak tutup tau!...nasib baik SAR-h tak sakit belakang)…pastu akhirnya sampai lah dekat pejabat tu..jeng jeng jeng,..tetiba ana ternampak satu notice “NOMBOR GILIRAN UNTUK MEMBUAT PASSPORT TELAH HABIS”…eee..krik krik tau time tu…pastu macam nak buat2 tak paham lah kononnya, g tanya dekat kakak kat kaunter
 “KAKAK: NOMBOR DH HABIS, ADIK DTG ESOK EH, AWAL2 SIKIT TAU…”………………………………….oh..ok…(-_-) ok, ana kesian kat SAR_h sebenarnya…huhu..then, kiteorg balik, dengan sesat barat yg lagi dahsyat!!!tersalah jalan lah..kena hon lah..itulah..inilah..time tu dah nak maghrib tau….ana cam dh pusat lesi masa tu..mana jalan ni????????traffic jam pulak…aircond kete pun rosak..serius tarbiyyah…sob sob..ALLAH je tau perasaannya..akhirnya setelah struggle hard akhirnya sampai..

keesokan harinya..

awal2 lagi dah bangun…alamak nak naik kereta sapa plak ni..nak g awal ni..akhirnya kiterog dapat kereta kak yana..tapi time tu dah 8:45 kot…sebab kena hantar kak yana g imanshop dulu, tempat keje die..perjalanan pergi ke pejabat tu dipermudahkan Alhamdulillah,,,sebab ada tarbiyyah lain yg menanti..haha..sampai je situ, rrrrrrraaaaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaiiiiii sangat org, tapi Alhamdulillah still dapat nombor giliran 1425 (tau tak, maksudnya ana adalah org yang ke empat ratus dua puluh lima sebab kte ignore nombor satu kat depan tu…)time tu baru giliran yang ke 90 something…lagi 300 lebih org…time tu dh 9:30..n setiap sorang tu 10 minit gak lah…sempat ke????esok nak g dh ni…aaaaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!kiterog budget2 masa mungkin lagi 8 jam kena tunggu berdasarkan purata setiap org…pastu takpelah, ana yakin kan je hati…..kita bersangka baik dengan Allah..sempat lah sarapan kebab ngan SAR_h, hehe…tunggu punyer tu…ditambah dengan ana yang demam+batuk+selsema time tu..suhu badan makin meningkat(time tu ana baca buku hari2 dalam hidupku tau, ana rasa macam dapat tarbiyyah macam zainab dalam buku tu..kalau die di torture physical, ana emotion….)…sampai after zohor baru yg ke 200 lebih…sempat ke?sempat ke?sempat ke??!!!...sampai nak dekat pukul 5,,baru nak masuk angka 300..(duduk tak selesa dah time ni, sebab kak faezah kata ttup 5:30)…dub dab dub dab..ttbe kiteorg dapat tau kak yana ada usrah petang tu after maghrib n die nak gune kereta, ana cakap kat sarah paling lewat 6:30 lah..dah pukul 6 camtu..masuk org ke 400…ttbe ada akak ni (sahabat ana ngan SAR_h dekat situ sebab akak ni pun dapat angka 400 lebih gitu…die pun sama2 ngan kiterog duduk kat surau)..akak ni pun ttbe ..(time tu dah 6:20)…adik, nak nombor ni tak??(1415)…mulut terganga!!!..sebab ana ingat nak balik je, sebab usrah lagi penting kan..time tu giliran 1413 n 1414 tak de org, then terus ana!
buat passport tak sampai 5 minit pun!....siap dah..tapi tarbiyyah Allah tak terhenti di situ..tetibe ttime nak bayar (flight ana esok pukul 2)

Kakak kaunter: OK, SUME 100..BOLEH AMEK ESOK AFTER PUKUL 2
……………………………………….what?..........................................krik krik…..ana: akak leh tak cepat sikit sebab flight saya esok pukul 2…akak kaunter: tak leh lah dik, banyak lg yg tak diproses tu..tapi try lah datang esok pagi2..mana tau dapat..
OHHHH…OK (-___-)
ana cam….ok…

lupakan seketika, kiterog terkejar2 nak sampai iman shop sebab time tu nak dekat pukul 7!!!habislah, kesian kak yana!!!ok, SAR_H target pukul7:30 plg lewat kena sampai…
time tu pulak, HUJAN+TAK BERAPA INGAT JALAN+TRAFFIC JAM+SAR_H DAH PENAT+ SUHU BADAN MENINGGKAT,,,,,,,,,,,,,,,,,,takpe…INNALLAHA MAANA….
nak dikatakan Allah nak mentarbiyyah kita kan…akhirnya, kiterog sampai kat imanshop exactly 7:28pm…ALLAHUAKHBAR!

tarbiyyah tak terhenti di situ..
esoknya, kak farah kata mira g ngan akak ni(nama dirahsiakan..hehe)..mungkin die leh tolong buat rayuan..camtulah)..die ni akhawat sabah..sampai je pejabat tu..ana dah dub dab dub dab..die tak yah amek giliran, tunjuk je terus angka giliran semalam bagi kat kakak kaunter..ok, first2 masa die collect angka giliran, ana perasan masa die dtg balik kat kaunter tu..ana punyer passport takde..ana cam dah ok..abislah, tapi still positive, satu benda je ana fikir, YaAllah, kalau elok buat ku ke Indonesia, maka kau bawalah aku ke sana..amin..then, 2nd time akak tu datang ke kaunter, die pandang muka mira n cakap adik..ni passport awak…!!!!!!!!!!!!!!!!subhanaallah!!!siap dah..time tu baru 9:15 kot….rasa nak nangis tau! sob sob…

sepanjang perjalanan pulang tu, akhwat sabah pun cerita lah pasal keadaan diorg dekat sana…tak taulah, tarbiyyah selepas2 ni banyak membuka minda ana mengenai d&t which satu benda yg tak kecik tau, die tak setakat di kmb,di ktt, di Malaysia..tapi DUNIA…which means UA..kalau dulu bende ni org selalu je cakap, tapi ana nampak practical nyer..subhanaallah..

ok, akhirnya, sampailah ana di airport..ana satu flight dengan kak Dayah US..kak usrah SAR_H dulu..n senior kak dayah US, kak atiqah Nottingham Malaysia.trip ni jugak disertai oleh kakak2 NUMED sebanyak beberapa org….tarbiyyah Allah mengatakan sarah ter ‘stranded’ dekat airport sebab passport tak cukup 6 bulan..hrmm..macam2 kan…nampak tak??tak taulah Allah nak tarbiyyah ape…n sepanjang kat indon tu, ana tak jumpa sarah pun, sebab bile sarah sampai sarah terus ke bandung..n ana tak g bandung sebab ana kena balik Malaysia for interview..

TARBIYYAH DI JAKARTAIII

sampai je dekat Indonesia…ana nampak AWAN YANG SANGAT CANTIK! btw, dalam flight, ana duduk antara dua lelaki, satu mat indon satu lagi mat bintulu Sarawak..pakcik indon ni citer pasal hidup die di indon..die kata die pandai je, tapi sebab die ada adik2 lagi, so die lah yg kena keje sebab kalau tak sape nak tolong family die kan. tapi Alhamdulillah, die keje kat Malaysia sekarang…jadi buruh buat bangunan..pakcik ni sangat mukhsinin la bg ana, sebab die pesan kat ana banyak bende lah b4 sampai Jakarta(even dah dalam airport tu pun die pesan cari kawan nya cepat, bahaya tu embak..huhu)..moga ALLAH bantu die selalu, amin…

ok, sepanjang dalam TAKSI ana batuk teruk gak lah..non – stop..sampai ana sebarkan virus dengan kak dayah..cian die..hehe..
ok, malam tu ada katibah. pengisian tajuk TASWIF(penangguhan)…best sangat walaupun mata dah tersipu2 malu, mula2 ana rasa tak nak g je..sebab rasa nak baring.tapi Alhamdulillah, badan dah ok sket…kiteorg buat dekat RI(rumah islam) yg baru bukak..ramai lah jumpa akhawat Jakarta!!!diorg sangat happy...then, pagi tu ana dibasuh oleh kakak2 numed…tentang kenapa kiter di sini. diorg tanya apa yang ana expect di NUMED?ana cakap (terkeluar sebenarnya): dakwah yg kencang..jawapan melangit kan!over kan! (dalam hati, macam manelah bole terkeluar)…trabiyyah ALLAH..hehe..

RI kat situ banyak lah jugak..adalah 4 buah kot..ana baru paham konsep RI tau..RI ni sebenarnya berdasarkan satu ayat quran@hadith bak kata akhawat Jakarta ni (masa ni tengah sembang2)..ayat tu kata: …..sebuah rumah yang didalamnya org melakukan ibadah..bla bla bla..ana tak ingat lah..sampai hebatnya RI mereka ni, diorg share je baju2 diorg, n sume leh share lah..sampai tahap tu tau…
pastu kiterong g tanah abang (tempat shopping..hehe..murah lah)..tau tak, kat sini org tak pernah sikit. nak cakap nyer betapa banyak nyer org Jakarta ni, dalam mall jam, kat jalan pun jam..sume jam!sume ada org!,,pelik kan…
tapi satu benda yg ana perasan, kesungguhan mereka..tak kisahlah apapun asalkan diorg bekerja. ana jarang lah nampak ada org mengemis. takde kot. kalau ada pun sikit je…sikit sangat2..sebab tulah kot dakwah di sana mantop!...
so, macam yg ana cakap tadi….this is my mind opener (ada ke eh ayat tu?)..lantaklah,,,tapi serius lah , ana dapat tau keadaan dakwah di indon+sabah+us+johor+Nottingham…n ana realized yg dakwah ni sangat besar!problem tu maybe takleh di share di sini kot eh..bile2 kiter buat private sharing eh…tapi betullah kawan, kite tak buat dakwah sebab tempat tau..macam usul 1 (pengisian daurah) cakap..dakwah tak kira bangsa, tempat, negara…tapi semua..serius.. n the responsibility is so huge!
ana sempat g uni tri sakti…kiteorg g situ jalan tau. pastu dapatlah tgk kehidupan org2 susah kat situ..diorg still tak mengemis, tapi diorg menjualkan apa yang diorg boleh..n diorg happy je…walaupun asyik2 macet (traffic jam)…haha..

TARBIYYAH PULANG KE MALAYSIA

ok..petang tu nak balik dah. g airport dalam 5:30..pukul 2 tu ana tak print tiket lagi..n dalam ana punyer email takde pon!!!!!ana dah cuak dah, sebab yang beli tiket kak fara. kak fara takde time tu sebab die g bandung. akhawat ni kata nanti die call kak farah, sebab ana takde nombor Indonesia. ana pun try lah gi dekat website lion air nak check ticket. pastu die minx nombor booking number…mana ana ada!!!!!!dah cuak tau time tu…dah pukul 5..tetibe allah takdirkan ana jumpa no. flight so problem kat user name plak.try punyer try, akhrnya dapat n terrus print. taksi pun dah sampai!habis je, print terus g airport..dahsyat tak?huish…mendebarkan..tarbiyyah Allah tu…
ok sampai je dekat airport (ana balik sorang2 tau..yg lain stay kat Jakarta..n ana sebenarnya taklah berapa pro dengan procedure airport..time tu pun duit indon mira dah takde..so, berdebar takut2 die mintak duit ke… ) patutnya mira punyer flight pukul 9, tapi lambat sampai pukul 10, which means pukul 11 waktu malaysia…n sampai dekat Malaysia dah pukul 1..ok, alamak ni first time turun kat KLIA, sorang2..malam2…ada lagi ke teksi?dub dab dub dab..alhamdulillah, ada teksi lagi..ceh, naik lah dengan pakcik tu..ni nak g kmb tau, sebab esok interview..

ana: pakcik banting eh
pakcik: oh ok…
ok perjalanan dh sampai banting, ana pun cakap lah
ana: pakcik ni terlepas dah ni..pakcik pernah sampai kmb tak?
pakcik: tak..(gulp..gulp..ana pun tak lah berapa ingat jalan g bukit changgang)
ok, misi mencari kmb. time ni dah pukul 1:30 pg..dengan pakcik teksi..kiteorg punyer sesat sampai Mega steel lah, lalu lorong gelap lah, dah lah jalan kosong tau..pastu ana cakap kat pakcik tu
ana: pakcik, ce cari signboard dengkil…saya tau g kmb kalau dr arah dengkil…
ok, nak dekat pukul 2…time ni rasa nak jerit pggl Fatimah je!sebab Fatimah dah kat guest house..Ya Allah, tarbiyyahmu…
akhirnya, ana nampak kedai dekat depan lorong nak masuk kmb..n akhirnya ana sampai lah dekat kmb pukul 2:10 pg…mahal gak lah kena bayar..hehe
pakcik tu cakap lah, nasib baik ana naik dengan die sebab belakang teksi tu pakcik cina ngan india, diorg lagi tak mahir jalan di banting..at least pakcik tu tau lah area banting..kalau tak?takpe Allah ada…J

TARBIYYAH INTERVIEWTTT

ok, disebabkan baru turun dr Jakarta, ana takde baju kurung..so semua Fatimah sponsor dr atas smpi bawah.masa interview, panels semua suka provoks…ada kawan ana yg nanngis..tapi bak kata kak azzza NUMED, jawab sekadar jawab sebab kiter tak leh nak lawan die sangat sebab hakikatnya individu muslim pun tak settle lagi. so, ape yg ana leh buat, ana jawab sekadar termampu walaupun die keep arguing ape yg kite cakap.n senyum..:)
pastu balik kmb..

TARBIYYAH PULANG KE RUMAH

ok, time ni macam dh homesick sgt..sebab dh lama tak balik..sob sob..ana balik dengan beberapa org, tapi sampai pudu sorang…ok, masa kat sini ana jalan sorang2 tau.(dh biasa ok je)…tapi hari ni lain macam sket..
jeng jeng jeng…
tetibe kat sebelah ana ada scene kejar mengejar…ooppppsss, apakah ini?dalam keadaan cuak..ana duduk dekat2 dengan deretan kedai simpan beg, ada dua kedai simpan beg kat sini n satu llagi kedai roti..ok, duduk diam2..sebab cuak kan..pastu ana nk g keluarkan duit, tetiba org yg kena kejar tu dh kena tangkap dengan kepala berdarah – darah…gulp gulp..tak sangka dalam pudu ada org jahat,,,hehe..pastu dh keluarkan duit, ana duduk dekat tempat tadi..so, ana perasan something.antara dua kedai simpan beg ni diorg macam compete tau.ana usha punya usha, kedai A selalu dapat pelanggan walaupun akak yg jaga kedai ni duduk kat depan kedai tu n senyum je..tapi akak kedai B ni punyer lah macam adik meh sini!meh sini!...semangat..tapi boleh dikatakan ratio kedai B:A adalah 1:6 gitulah..so, ana cam terpikir lah apa agaknya rahsia akak ni kan..so ana conclude, mesti die jaga hbgn die dgn Allah.sebab kan personally ana pun lebih tertarik dengan kedai A. tak tau nape..
mcamtulah..tapi tarbiyyah Allah tak sampai situ je..
bile naik bas, ana tdo sampai lah dekat sabak bernam..n dekat2 nak sampai depan lorong depan rumah, tetibe bas ana dilanggar belakang…ana duk depan time ni..so, berlakulah scene gaduh mulut…yg dahsyat antara samseng lori dengan pakcik india bas…ada sorang kakak tudung labuh sebelah ana pun die cam try nak cool down kan diorang…respect lah akak tu..mahasiswa um…
hmmm..alhamdulillah, ana selamat sampai rumah pada 4 jun 2013…

so, sahabat2 tarbiyyah yang Allah sediakan buat ana ni banyak sangat ibrah die n tak termampu nak tulis. n ada gak tarbiyyah2 lain yg Allah bagi kat ana, tapi ana tak tulis…apa yang ana nak cakap kat sini, setiap hari yg kiter lalui setiap hr ada je yg allah nak ajar..tapi tulah which spectacles yg kiter pilih hr2 untuk nampak semua ni sebagai satu tarbiyyah drpd allah…

bagaimana tarbiyahmu hari ini? – MR Zumar