Wednesday 26 March 2014

Ajarkanku erti ikhlas

Cukuplah berjauh hati dengan murabbi sendiri...
Cukuplah mengangkat diri, merasa diri besar dari orang lain...
Cukuplah mengikut tarikan al-hawa tanpa bertahan untuk bermujahadah sebentar cuma..
Cukuplah.

Kerna dakwah ini semata-mata kerana Dia.
Yang hanya didukung hati-hati yang benar ikhlas,
Hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan Allah.

Jauh sekali buat hati yang mementingkan kepentingan sendiri..
Jauh sekali buat diri yang rasa ingin dihargai manusia..
Biarpun tiada yang memandang..
Biarpun diri merasa kehilangan sokongan..
Biarlah..

Allah tetap ada untuk membela..
Setiap yang berlaku dalam hidup adalah tarbiyyah buat diri..
Biarlah hilang semua sokongan, dorongan dari manusia,
Saat ujian datang menimpa,
Tika itu ikhlas diuji,
Sejauh mana kau berjuang kerana Allah?
Sejauh mana kau dukung dakwah ini kerana Allah?

Kalau melihat mad'u sendiri, susahnya nak approach, susahnya nak bentuk dia ni!
Renunglah balik sirah terdahulu.. Rasulullah lagi banyak mehnah..
Tapi Rasulullah tak pernah putus asa pun..
Mungkin saja kita dihalang kerna dosa sendiri..
Astaghfirullah..

Ya Allah, tsabbit quluubana 'ala deenik ya Allah

0 comments: