Bila berada dalam jalan ni, aku melihat pelbagai sosok tubuh
yang sangat hebat dalam setiap aspek hidup mereka. Ada yang sanggup korbankan
masa hanya untuk dakwah, ada yang sanggup korbankan semua duit yang ada untuk
dakwah, dan kadang kadang baju yang dipakainya pun hanya diulang dalam setiap
minggu.
Semakin lama dalam jalan ni, aku nampak dakwah ini memang
hakikatnya menuntut pengorbanan. pengorbanan jiwa, harta, family, kawan2, masa,
pakaian, makanan, menahan di marah, dicarik2 semasa ditakwin, keberanian dan
macam2 lagi, tak dinafikan kadang2 ada rasa nak kebelakang, tapi pada saat
bersama allah, mana mungkin aku kebelakang. pada saat aku menyoroti kisah
sahabat, tak teranjak kaki ni untuk mundur, pada saat melihat akhawat yg
shahid, hilang segala rasa itu
…allah…susahnya..
Bila melihat diri sendiri, rasa sangat kecil. Aku rasa aku
tak seberani mereka. Aku rasa aku masih tak ada keberanian umar al khatab tu.
takde lagi keberanian bilal bin rabbah. takde lagi keberanian seperti akhawat
yang sanggup berterus terang pada keluarganya tentang apa yang dia sedang buat.
takde lagi keberanian seperti akhawat yang dengan luncurnya menceritakan apa
yang die dapat dalam usrah pada ibu dan ayahnya. takde lagi keberanian untuk
bercerita tentang islam bila duduk bersama seorang muslim di dalam bas…huhu…jauhnya
aku lagi..
bukan ke dakwah kita adalah berterus terang dan jelas?
kenapalah takleh lagi nak jadi macam para sahabat…dah berbaldi2 daurah, dah
bertimba2 usrah…nape takleh lagi? ke diri sendiri yang tak nak memberanikan
diri?
sangat tertikam bila menghayati buku muntalaq bab 5 (ahli
ibadat yang bermain main)
Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang
mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat)
supaya bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi
mungkar ini, namun begitu
sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam.
Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka
dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut
memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan
dunia.
Mereka yang
bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat keadaan umat Islam ini
sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab ‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’
yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka tidak dapat membuka
mata mereka untuk mengamati laungan orang-orang ikhlas yang berjuang di
sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga ke hari ini. Da’i
yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja untuk Islam,
membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam, dakwah orang ramai,
memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli uzlah tadi meninggalkan
tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang perjuangan dan medan
jihad untuk berjihad dan berkorban. Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak digalakkan,
uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai dengan
niat yang ikhlas dan baik.
Sangat takut kalau jadi sebahagian daripada orang yang
disebut tu…
Wahai pejuang di bumi Palestin, Syria, Lubnan, Afghanistan,
Rohigya, Malaysia, Afrika, Thailand, mesir dan lain lain…semoga roh jihad jihad
kamu meresapi diri ini, semoga roh keberanian kamu meresap dlm diri ini…semoga
proses pentakwinan ini menguat dan memberanikan aku..
Wahai Allah, ikhlaskan diri ini dalam jalan ini…Biarlah
syahid itu cita2 tertinggi ku..
0 comments:
Post a Comment