Yakinlah dengan KEBANGKITAN ISLAM

"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [Surah As-Saff : 13]

Surah Al-Ankabut : 69

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang muhsinin (berusaha membaiki amalannya)

Surah Al-Baqarah : 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Surah Adz-Zariyat : 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Surah Ar-Ra'du : 26

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Wednesday, 26 March 2014

Ajarkanku erti ikhlas

Cukuplah berjauh hati dengan murabbi sendiri...
Cukuplah mengangkat diri, merasa diri besar dari orang lain...
Cukuplah mengikut tarikan al-hawa tanpa bertahan untuk bermujahadah sebentar cuma..
Cukuplah.

Kerna dakwah ini semata-mata kerana Dia.
Yang hanya didukung hati-hati yang benar ikhlas,
Hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan Allah.

Jauh sekali buat hati yang mementingkan kepentingan sendiri..
Jauh sekali buat diri yang rasa ingin dihargai manusia..
Biarpun tiada yang memandang..
Biarpun diri merasa kehilangan sokongan..
Biarlah..

Allah tetap ada untuk membela..
Setiap yang berlaku dalam hidup adalah tarbiyyah buat diri..
Biarlah hilang semua sokongan, dorongan dari manusia,
Saat ujian datang menimpa,
Tika itu ikhlas diuji,
Sejauh mana kau berjuang kerana Allah?
Sejauh mana kau dukung dakwah ini kerana Allah?

Kalau melihat mad'u sendiri, susahnya nak approach, susahnya nak bentuk dia ni!
Renunglah balik sirah terdahulu.. Rasulullah lagi banyak mehnah..
Tapi Rasulullah tak pernah putus asa pun..
Mungkin saja kita dihalang kerna dosa sendiri..
Astaghfirullah..

Ya Allah, tsabbit quluubana 'ala deenik ya Allah

Tuesday, 11 March 2014

Interaksi dengan Al-Quran (IDQ)

Mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk fokus baca physio. Tapi maapler, rasa tak fokus pulak. Perlu buat something untuk ganti balik fuh.


Tersentuh bila lihat video Wardina yang terbaru ni. Subhanallah. Kuasa Allah yang membolak-balikkan hati. Siapa sangka, Wardina yang dulunya kita lihat menghiasi drama-drama di TV, sekarang mampu beri nasihat yang bisa menggugah jiwa! Jujur, rasa sayu kat hati, reflek balik diri, aku ni dah banyak kali dapat peringatan pasal al-Quran; pengisian IDQ, dapat hadiah buku Agar Al-Quran Menjadi Teman, even peristiwa peristiwa yang berlaku sekarang pun, mendorong diri kembali merapati Al-Quran..

Biarpun tilawah termasuk dalam mutabaah amal, tapi bilamana perkara itu dibuat secara rutin, ya Allah susahnya.. Susah nak hadirkan hati. Kalam Allah kot! Setiap ayat itu penting! Kalau tak, Allah takkan letak pun dalam kitab yang akan kekal hingga akhir zaman. Tapi sejauh mana kita betul-betul manfaatkan Al-Quran tu? Astaghfirullah.

Rasalah Al-Quran itu diturunkan untuk kita. Bacalah dengan hati. Buat para daie khususnya. Teringat salah seorang sister berpesan, selagi mana kita tak sungguh-sungguh dalam dakwah ni, selagi itulah kita tak rasapun Al-Quran ni untuk kita! Allahuuu sentapp T.T

Sama-sama doakan Al-Quran tertanam dalam hati kita...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Al-Anfaal, 8:2)


Wednesday, 19 February 2014

Allah...beranikan aku

Bila berada dalam jalan ni, aku melihat pelbagai sosok tubuh yang sangat hebat dalam setiap aspek hidup mereka. Ada yang sanggup korbankan masa hanya untuk dakwah, ada yang sanggup korbankan semua duit yang ada untuk dakwah, dan kadang kadang baju yang dipakainya pun hanya diulang dalam setiap minggu.

Semakin lama dalam jalan ni, aku nampak dakwah ini memang hakikatnya menuntut pengorbanan. pengorbanan jiwa, harta, family, kawan2, masa, pakaian, makanan, menahan di marah, dicarik2 semasa ditakwin, keberanian dan macam2 lagi, tak dinafikan kadang2 ada rasa nak kebelakang, tapi pada saat bersama allah, mana mungkin aku kebelakang. pada saat aku menyoroti kisah sahabat, tak teranjak kaki ni untuk mundur, pada saat melihat akhawat yg shahid, hilang segala rasa itu

…allah…susahnya..

Bila melihat diri sendiri, rasa sangat kecil. Aku rasa aku tak seberani mereka. Aku rasa aku masih tak ada keberanian umar al khatab tu. takde lagi keberanian bilal bin rabbah. takde lagi keberanian seperti akhawat yang sanggup berterus terang pada keluarganya tentang apa yang dia sedang buat. takde lagi keberanian seperti akhawat yang dengan luncurnya menceritakan apa yang die dapat dalam usrah pada ibu dan ayahnya. takde lagi keberanian untuk bercerita tentang islam bila duduk bersama seorang muslim di dalam bas…huhu…jauhnya aku lagi..



bukan ke dakwah kita adalah berterus terang dan jelas? kenapalah takleh lagi nak jadi macam para sahabat…dah berbaldi2 daurah, dah bertimba2 usrah…nape takleh lagi? ke diri sendiri yang tak nak memberanikan diri?

sangat tertikam bila menghayati buku muntalaq bab 5 (ahli ibadat yang bermain main)

Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan dunia.

Mereka yang bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat keadaan umat Islam ini sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab ‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka tidak dapat membuka mata mereka untuk mengamati laungan orang-orang ikhlas yang berjuang di sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga ke hari ini. Da’i yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja untuk Islam, membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam, dakwah orang ramai, memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli uzlah tadi meninggalkan tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang perjuangan dan medan jihad untuk berjihad dan berkorban. Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak digalakkan, uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai dengan niat yang ikhlas dan baik.

Sangat takut kalau jadi sebahagian daripada orang yang disebut tu…

Wahai pejuang di bumi Palestin, Syria, Lubnan, Afghanistan, Rohigya, Malaysia, Afrika, Thailand, mesir dan lain lain…semoga roh jihad jihad kamu meresapi diri ini, semoga roh keberanian kamu meresap dlm diri ini…semoga proses pentakwinan ini menguat dan memberanikan aku..


Wahai Allah, ikhlaskan diri ini dalam jalan ini…Biarlah syahid itu cita2 tertinggi ku..


Sunday, 9 February 2014

Jejak seorang Syabab

Assalamualaikum

Kabare semuanya??

Subhanallah sudah lama tak menjenguk blog MR ini. Aseef jiddan sebab terlalu lama 'berehat' dari dunya perBlog-an ni

InsyaAllah,ana MR Yusuf ingin berkongsi ttg sesuatu yang baru ana dapat sepanjang ana berehat, Jadinya ia mungkin sangat random and bercampur baur semuanya(bahasa mgkin pelikks)..so BE prepared!

sungguh,terlalu banyak peristiwa yang Allah telah kurniakan . Setelah mendapat keputusan IB 8 bulan lepas approximately, ana berjaya mendapat tawaran tuk bidang perubatan di Ireland (twinning program PMC).

Alhamdulillah

Diri ini sedar, ia bukanlah satu kegembiraan penanda berakhirnya 'penderitaan' di KMB, malah ianya satu pintu tanggungjawab yang baru Allah kasi kepada ana untuk digalas. Makin besar,makin berat dan semestinya makin mencabar.

persediaan telah dibuat,akhirnya terpilih dengan selamatnya untuk tiba di bumi sejuk Ireland ini.

Dalam sibuk mengadaptasi dengan waqi' baru dengan segalanya baru (rumah sendiri,tmpat belajar baru,budaya baru,Usrah baru) tipula kalau ana TAK Penat, tak Letih, dan tak sering mengeluh..

Allahu,,makin besar dan lebar dugaannya,,,sering tewas dalam pusingan 'kalah mati' dengan Emosi sendiri

namun,hidup perlu diteruskan.

pastinya,hidup tak pernah lekang dari segala masalah yang melanda that mostly comes from myself.

Astaghfirullah,,sering kali terasa mahu berundur balik...keluar dari Gerabak tarbiyah yang pernah ana nikmati di KMB dulu.

Selalu sahaja ingatkan diri sendiri : AKU sudah sepatutnya Dewasa dan matang.

tetapi, Allah masih lagi menyayangi ana dengan terus melimpahkan rahmatNya menerusi akhawat2 Ireland disini serta program yang diadakan. Ana terus memerhati , belajar memerhati dan terus memerhati lagi..

Aduii,,,setelah segala nikmat yang berterusan yang Allah Maha Mengetahui beri,,mengapa hati ini masih...

yang terbaru,ana baru sahaja balik dari jaulah Turkiye bersama 7 abdullah yang lain.Yang ini,,telah berjaya memberikan satu sisi pandang baru kpd ana.

dalam ekspedisi ini,,masing2 mempunyai hadaf tersendiri, APA yang ingin dicari,APA yang ingin didapatinya
Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaanNya dengan memberikan kami peluang bukan sahaja menjejak langkah Sultan Muhammad Al Fateh di Istanbul (Blue Mosque,Aya Sofia,Topkapi Palace,Bursa,etc) , malah menuruti jejak para Anbiya di Sanliurfa (memerlukan tuk naik domestik flight dari Istanbul)

Subhanallah,Maha Suci Allah,Tuhan sekalian alam

izinkan ana menyenaraikan tempat yang kami lawati di Sanliurfa :

Gua Nabi Ibrahim serta kolam (yg dahulunya tempat Nabi Ibrahim dibakar)
Gua Nabi Ayob
Perigi Nabi Yaakob
Old Harran University (tmpat di mana ramai manusia hebat belajar termasuk Ibn Taimiyyah)
Gua Nabi Syu'aib
Makam Nabi Ayob serta isterinya,Rahimah Hatun serta
Makam Nabi Illyasa

sesuci manakah hati ana yang masih ketika itu sedang di'rawat' itu untuk menerima hadiah hebat ni?
mungkin, ada antara kami yang begitu IKHLAS tuk jaulah ini,,dek kerana kebersihan NIATnya..Jazakillah khair kepada 'sesiapa' itu...

segala kesyukuran milikMu,,
Engkau memberikan aku peluang tuk melihat dengan pancaindera sendiri tentang hakikat yang hakiki tentang kekuasaanMu..keagunganMu

Jaulah ini ibarat satu package yang lengkap tentang persiapan bagaimana para SYABAB harus berkelakuan,harus Berbuat demi menegakkan kalimah Illahi...

Kini,,bilamana perkara kecik cuba bertandang dalam qalbu ini
Terus terlintas makam Sultan Muhammad Al Fateh serta manusia hebat yang lain yang mana..

Mereka mengetepikan PERKARA yang kecil untuk Perkara yang lebih BESAR.,,yang menjadikan mereka mempunyai JIWA seorang Syabab yang Besar..

Ouch,,terasa pipi merah menyala ditampar Al-Haq yang sangat benar itu.

Hmm...setakat ini dahulu post ini. Aseef andai kata terlalu panjanggggg..al maklum lah,,bukan mudah tuk bertinta tentang 1001 peristiwa dalam 1 Entri sahaja.

Mohon semua tuk doakan ana disini,,,esok (10/2) ana bakal memulakan semester baru. MR semua..
Ana sungguh rindukan kalian lillahi taa'la. Ana sungguh brsyukur kerna diberi peluang bersama kalian suatu ketika dahulu. harapnya,,kita semua terus berpimpin tangan dan lengan menuju ke destinasi yang sama,InsyaAllah


Wallahu'alam.








Thursday, 31 October 2013

Kehidupan Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sangat dah blog ni terkubur.. Memandangkan para duat MR bertebaran di merata tempat. Ada di Malaysia, di UK, India, dan Ireland. Harapnya ukhuwwah masih kekal utuh, inshaAllah. ;)

Alhamdulillah, diberi nikmat oleh Allah bertimpa-timpa.. Kadang-kadang, tak jangka pun nikmat tu datang. Semuanya dalam kuasa Allah. Benarlah, Allah mampu buat apa saja walaupun benda tu di luar jangkaan kita. Kan?

Dan sebagai tanda bersyukur, apa yang dah kita buat? Apa yang dah kita lakukan sebagai manifestasi rasa syukur tu? Allahu Allah.. malunya kita kalau sekadar mengucap syukur tanpa rasa di hati, yang akhirnya tak mampu pun membuahkan amal. Jom fikir something untuk zahirkan rasa syukur tu! ;)


=========

Sekadar perkongsian, 
Sebelum sampai di Ireland, spesifik lagi- masa detik-detik perjuangan IB di KMB dulu, rasa sangat-sangat diri ni diuji. Walaupun ujian tiadalah sebesar para sahabat zaman dulu, tapi rasa sangat yakin yang; Allah turunkan ujian tu untuk latih diri kita juga sebenarnya.



Ingat lagi waktu dulu, nak sangat-sangat Allah kabulkan permintaan, untuk 'at least' dapat jejak kaki di bumi Shamrock ni..Walaupun pada masa tu, macam takde harapan dah nak dapat peluang tu. Result exam tak memuaskan, interview pun macam hopeless, keyakinan diri makin turun.. Masa pun tak terurus. Hari demi hari, motivasi diri makin hilang. Paling teruk, keyakinan pada Allah pun makin lama makin kurang! Astaghfirullah...

St. Stephens Green Park

Tapi, Alhamdulillah, diberi peringatan hampir setiap hari oleh sahabat-sahabat terdekat, naqibah kesayangan, dan keluarga. Paling beerti, bila diri masih diberi harapan oleh Allah, "Aku boleh je buat semua ni sebenarnya. Law of Attraction. Bersangka baik pada Allah!"

Bilamana Allah berkehendakkan sesuatu, siapa pun kita, apa pun yang berlaku, seteruk mana pun perjalanan hidup kita, Allah akan datangkan juga dengan izinNya. Cuma yang penting, YAKIN! yakin pada Allah, berbaik sangkalah dengan aturanNya!



Kenapa nak sangat ke overseas ni?

Dublin

Niat. Sangat penting. 

Rugilah kalau awal permulaan lagi niat kita tiada langsung untuk cari yang 'extra' tu. Semua maklum, di negara oranglah kita akan lagi 'appreciate' agama kita, nama Islam yang kita pegang. Tapi sejauh mana kita 'appreciate' tu? Apa je yang kita buat yang tunjuk kita hargai nikmat Islam dan Iman tu?

Gunakanlah nikmat yang terbentang depan mata. Yakin sangat-sangat, kat overseas mesti banyak program-program atau halaqah-halaqah yang dapat membersihkan hati kita. Ambil peluang tu! Manifestasikan rasa syukur! Sangat malu bila Allah dah tolong kita harungi tempoh yang 'perit' tu, dan bagi lagi nikmat kita pergi tempat yang kita idam-idamkan tu, tapi kita? T.T

Teringat surah Ibrahim ayat 7

And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "

Semoga Allah letakkan kita dalam golongan orang-orang yang bersyukur tu :) 
Allahu A'lam.

Selamat berjuang sahabat. Selamat berjuang saudara seagamaku :)


Sunday, 21 July 2013

Campakan Dia … sorang???grrr…

Bismillahirrahmanirrahim….in the name of Allah, the most gracious and the most merciful… Alhamdulillah summa Alhamdulillah…rabbish shrohli sodri wa yassirli amri wahlul ukdatam millisani yafqahu qauli…amma ba’du.. ya ma’sharal muslimin..!kaifa huluk?wa ana? Alhamdulillah… wa inshaallah, ini adalah sedikit pengisian daripada ana , MR Zumar… alhamdulillah aidon, kita masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar yakni iman dan islam…yang mana al maududi kata dalam buku dasar2 islam ini adalah kurnia yang terbesar daripada Allah… ayuh, kita bersyukur dengan nikmat ini dengan tidak lupa pada dua tujuan hidup kita yakni khalifah wa abid! Alhamdulillah, buat kesemua MR,,kita dah habis dah IB (International Baccalaureate )..yang mana ana melihat diri anda, usrati sekalian dan sahabat2 lain diuji oleh Allah S.W.T yang kadang – kala senang dan juga ujian kesusahan… Ana juga menyaksikan aturan Allah yang Maha Hebat yang mana akhirnya Allah memberikan yang terbaik kepada kesemua daripada kita…alhamdulillah… dan selepas ni, akan bertaburanlah daie2 ini di seluruh pelusuk tanah air yang inshaallah kesemuanya akan menyebarkan benih2 islam di tempat masing2 (gulp…gulp..hehe) Sejak dua menjak ni ana rasa sangat khuatir….macam mana kalau aku sorang????mampukan nak wujudkan usrah?tapi sampai bila nak mendiamkan other local uni??hrmmm….tapi mampukah? Jeng jeng jeng… satu pagi, jam 6:30…ana basuh pinggan sambil mendengar suatu ceramah di radio IKIM.. ‘para sahabat dulu sangat beriya – riya nak menyebarkan islam…sampaikan kubur2 mereka ni bukan terletak di tempat lahir mereka, tapi di negara2 yang tak pernah pada awal- awalnya kita dengar islam tersebar si tu’ – ustaz kata dush…pang…!! jadikan, sahabat2… sebab tulah Rasulullah menanam pasak akidah yang cukup kuat dalam para as sabiqun al awwalun…para sahabat yang core tu…hardcore…sebab islam bukan di mekah je!bukan di KMB je!bukan di Ireland je!bukan di cucms je!aucms je!india je!indonesia je!uk je! tapi everywhere…!!! (tapi di rumah jugak!!---->>>dush! dush!dush!) contoh sahabat: ingat tak Abu Ayub Al anshari..?di mana kuburnya?bukan di tempat lahirnya pun…tapi di kubu konstinopel… Jadi, ana rasa kalau kita memang yakin dan ingin menjadi sebahagian daripada batu bata dalam menegakkan Ustaziatul Alam itu, maka masih wujudkan alasan untuk aku takut?tak cukup lagi ke tarbiyah 2 tahun di KMB itu untuk at least membuatkan kita melakukan sesuatu…at least sikit… and then, dalam buku Irkam Ma’ana (Hilal Ashraf) juga dia ada kata pasal tajuk ‘Walaupun kami bersendirian, proses tetap berjalan’…Hilal Ashraf kata masa nilah Tabiyyah diri sendiri itu sangat penting. Kukuhkan mulai sekarang…(pesanan untuk diri sendiri ni…gulp lagi).. ‘Apabila kita tercampak keseorangan walau di mana sahaja, ataupun terputus hubungan dengan rakan – rakan yang membuat kebaikan, adakan kita tidak perlu lagi menggerakkan proses bagi membawa diri kita menjadi hamba Allah yang redha?’ – quoted (Hilal Ashraf) Ya usrati dan sahabat2 pembaca, ‘This is the real world ‘ Bersedialah untuk menghadapi ‘ hinaan, usiran, cacian dan segalanyaa’ sebab Warqah bin Naufal ada berkata saat Rasulullah berjumpa dengannya…. ‘Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi’ Jadi sejauh manakah dakwah kita??? ------------>>> dush lagi! Jadi inshaallah, tak kisahlah lepas ni berada di bumi mana pun, yakinlah yang Allah pasti akan membantu kita…. 47:7. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Believe! Biiznillah…. Yang mengingatkan diri sendiri jugak – MR Zumar 

Friday, 14 June 2013

Surat cinta untuk ukhti fillah

Surat cinta akak untuk kesayangan-kesayangan akak. ... Sekadar peringatan untuk akak sendiri dan adik2 akak ....


Ya habibati,
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
  • Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat 
  • Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah joinyang penat, bersusah payah elak.
  • Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhanKalau tak, batang hidung pun tak nampak.
  • Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
  • yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
  • yang cepat mengalah,
  • yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
  • yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
  • Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
  • Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.



Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.




Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.



Berbahagialah seadanya.


Akak menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “akak busy..akak sibuk..akak penat..akak letih..”
Adakah ini petandanya akak  terlalu manja?


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

keluarlah dari zon selesa, masukkan diri ke dalam medan jihad kita.
berhentilah menangis, dan teruskan langkah, tidak ada yang akan menunggu kita jika kita terlewat.




============================================================
Adik-adik akak sayang,


Rasa berat ke selepas membaca ini semua..
Jangan risau adikku
Kerana Allah sentiasa bersama kita
Lupakah adik2, ayat cinta dari Allah


Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7) 


adik2 orang beriman kan??? rasalah bahawa ayat2 itu untuk adik2 :)


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”(Ath Thalaq:2) 


”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)


”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : 214)


 ”Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang – orang yang beriman.” (Ar Ruum : 47)


Barangsiapayang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya.Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu” (Al-Talaq:2--3)


Adik2 sayang
xcukup lagi ke ayat2 cinta Allah ni
Masih xyakin dengan janji ALlah?.....
Ayuh kita duduk dan beriman sejenak ... :)


Uhibbukifillah abadan abada insyaAllah